Wednesday, June 5, 2013

Kisah 10 perkara Melayu tak tahu !!!

1. Mereka tidak tahu cerita bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si", 'Mampos Melayu'!

2. Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

3. Mereka tidak tahu bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

4. Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

5. Mereka tidak tahu bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

6. Mereka tidak tahu bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

7. Mereka tidak tahu bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya disepak terajang kemudian disimbah dengan cat merah!

8. Mereka tidak tahu bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru;

9. Mereka tidak tahu sejarah bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari;

10. Mereka tidak tahu bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa didalam kenderaan di Jalan Tun Perak, KL.

2 comments: