Saturday, January 18, 2014

[PANAS] YB PAS Cukai dibelasah penyokong sendiri !!!!

Akibat terlalu ikutkan perasaan dan dengki kepada YAB Menteri Besar, Yang Berhormat PAS Cukai telah menyindir dan mengata yang bukan-bukan kepada Menteri Besar Terengganu di Facebook beliau.


Namun akhirnya, YB PAS Cukai ini yang tidak disukai oleh pemimpin PAS di Kemaman kerana sifat "nak glamer"nya di kutuk dan dibelasah oleh penyokong-penyokongnya sendiri.


Kamal Hassan menasihatkan YB beliau supaya bersopan dan lebih 'matured' bila berbicara. Kekadang kelemahan dan kekurangan kita 'terserlah' bila kita terlalu banyak bercakap dlm berbagai perkara yang x perlu. Jgn menghentam / kutuk / hina lawan Politik kita. Pemimpin yangberjiwa besar hanya 'cool' dan tidak membalas balik apa bentuk cacian atau kutukan dari pihak lawan... Contohilah Rasulullah... bahkan baginda berdoa kpd Allah semoga org yg memusuhi baginda diberi Hidayah dan Taufik kembali ke jalan yang benar...'peace'.


Hazwan Abdullah berpendapat "dakwah bil haal" lebih baik drpd menyindir.. taraf2 org mcm kite xpe r nk nyindir (wlaupun ttp XLEH).. tp klu Yang Berhormat kena tunjuk contoh molek baru orang tabik jetak.

Sebenarnya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai lawatan ke Antartika anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mulai Sabtu ini.

Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam kenyataan hari ini berkata lawatan kerja bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Lawatan kerja itu menjurus kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat menyumbang kepada penyelidikan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu. Lawatan yang bersifat eksplorasi saintifik itu merupakan susulan daripada lawatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 yang mahu melihat lebih banyak universiti tempatan melibatkan diri dalam penyelidikan di benua sejuk itu.

1 comment:

  1. Beruang polar di kutub utara (Artik)
    Geografi failed pun boleh jadi YB
    Apa punya standard daaa

    ReplyDelete