Berikut dilampirkan respon-respon segera pemimpin dan pengiat parti PKR dan PAS di Kemaman mengenai pemecatan TS Khalid Ibrahim petang tadi
"...Cuba imbau kembali perbuatan zalim Dr Mahathir pecat DSAI dari UMNO, selepas 16 tahun episod ini berulang kembali, sejarah berulang...DSAI memecat TSKI yang dianggap sahabat dan keluarga beliau.."
- Kamarudin Chik (Calon PKR Parlimen Kemaman PRU13)
"....TS Khalid Ibrahim ahli seumur hidup PKR, pakar ekonomi & tokoh korparat berjiwa rakyat, menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah dipecat secara terburu-buru dari parti yang memperjuangkan keadilan sosial dan masyarakat madani. Cuba imbau kembali perbuatan zalim Dr Mahathir pecat DSAI dari umno, selepas 16 tahun episod ini berulang kembali, sejarah berulang...DSAI memecat TSKI yang dianggap sahabat dan keluarga beliau. Kami sayang perjuangan parti, kami bimbang berlaku perpecahan di kalangan ahli parti...sepatutnya DSAI amik penyelesaian menang2 dlm isu MB Selangor ini..." - Kamarudin Chik (Calon PKR Parlimen Kemaman PRU13 )
Dalam pada itu, seorang pengiat parti PAS di Kemaman yang dikenali dengan Long Daik pula dalam reaksi segeranya meletakkan gambar Anwar Ibrahim yg berbunyi "Aku punya suka, ini parti PKR aku punya.." dan memuji kehebatan TSKI dalam memacu ekonomi.
Sementara itu, seorang pemimpin PAS Terengganu dan aktivis MAMPAT yang disegani di Terengganu iaitu Fauzi Samah pula dalam respon segera beliau merasakan kecewa kerana TS Khalid dituduh bukan-bukan hanya kerana ingin memuaskan hati 'si dia' untuk menjadi Menteri Besar
No comments:
Post a Comment