Sunday, March 17, 2013

Serangan peribadi dibenarkan dalam Islam - Haji Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, Islam membenarkan peribadi pemimpin didedahkan, termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan.



Haji Hadi berhujah bahawa keadaan ini bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin, serangan peribadi dibenarkan dalam Islam, termasuk serangan yang akan menyebabkan pemimpin itu terpaksa menanggung malu, sekali gus menjejaskan imejnya.



"Dengan mengambil contoh seorang perompak memasuki kampung dan berbuat baik dengan penduduk. Abdul Hadi berkata sesiapa yang mengetahui peribadi perompak itu wajib mendedahkannya kepada masyarakat kampung itu, dengan tujuan mengelakkan mereka dirompak."


"Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin.

"Dalam Islam sendiri, untuk melantik seorang saksi dan hakim, Islam membenarkan pendedahan peribadi. (Pilihan raya) ini kita ingin melantik pemimpin. Rakyat perlu tahu perkara peribadi.


"Islam tidak melarang kita memperkatakan perkara apatah lagi untuk memilik seorang saksi di mahkamah, apatah lagi untuk memilih ketua negara," katanya.



No comments:

Post a Comment