Wednesday, April 10, 2013

"Din Bangla" calon PKR untuk rakyat Kemaman !!!


DS Ahmad Shabery bin Cheek dalam twitter nya amat berharap Sdr Rafizi Ramli yang merupakan pemimpin kesayangan DS Anwar Ibrahim dan Ketua Cabang PKR Kemaman serta anak Kemaman untuk bertanding di P040 Parlimen Kemaman.

Namun harapan itu musnah apabila Dato Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan, Kamaruddin Chik bertanding Parlimen Kemaman. Kamaruddin adalah seorang ahli perniagaan. 

Sdr. Kamarudin Chik ini tidak dikenali rakyat Kemaman, dikhabarkan lebih dikenali sebagai "Din Bangla" oleh kawan-kawannya. Pelantikan beliau juga mula dipersoalkan oleh penyokong mereka dan ada diantaranya memperbodohkan tindakan Si Rafizi membawa calon tersebut ke Kemaman.
Satu maklumat dalaman juga memberitahu bahawa Din Bangla juga tidak berapa "ngam" dengan Ketua Cabang Kemaman dan Setiausaha Cabang. 


Dalam pada itu, strategi Anwar dan Rafizi yang tidak menamakan pemimpin "glamer" mereka Rafizi sendiri dan Sdr Azan (Pengerusi PKR Terengganu ) di Parlimen Kemaman adalah kerana bimbang "terkorban" dan terpaksa meletakkan Din Bangla yang tidak dikenali dan tidak diterima rakyat sebagai calon untuk di"korban"kan di Parlimen Kemaman. Baca lagi di Parlimen Kemaman .

No comments:

Post a Comment