Tuesday, April 23, 2013

Lagi kisah tak puas hati calon PKR !!!


Hari ini, penulis seharian berada di Kuala Kemaman. Memang yang paling best di sini tidak lain tidak bukan merupakan keropok dan satar. Kata orang satar dan otok-otok di sini adalah terbaik di Malaysia.

Namun tidak disangka sambil melepak dengan kawan-kawan di tepi kuala yang cantik untuk ambil-ambil gambar kami dipertemukan dengan seorang pak cik yang berkopiah dan berbaju tshirt putih. Dalam hati saya, ini mesti pendukung parti PAS.

Setelah bertegur sapa, kami berbual hal-hal politik terutamanya di Kemaman. Beliau banyak mengupas hal-hal calon di seluruh DUN dalam Kemaman. Pendapat dan pandangan beliau ada yang pro dan kontra kepada setiap calon baik calon PR mahupun BN. Yang menariknya, beliau amat bersemangat bila mengupas hal calon yang diturunkan PKR untuk kerusi Parlimen Kemaman. 


Calon tersebut ialah Sdr. Kamarudin Chik. Hujahnya amat tidak menyetujui PKR meletak calon tersebut seolah-olah tiada yang lebih berketrampilan dan berbakat dalam PKR yang boleh diketengahkan. Beliau menyebut beberapa nama termasuklah Sdr Azan Ismail dan Rafizi yang dilabelkan lebih profesional dan bersesuaian dengan masyarakat Kemaman. 

Beliau juga mengupas bahawa Sdr Kamarudin Chik bukan sahaja tidak dikenali masyarakat umum malahan kurang mesra dengan masyarakat. Dan yang paling menarik, beliau menyebut bahawa Sdr Kamarudin Chik hanyalah AJK PIBG di sebuah sekolah di sini yang dilantik sekadar untuk mencukupkan korum. Dan dalam mesyuarat J/K PIBG, Saudara Kamarudin Chik ini tidak bersuara dan diam malah tidak melontarkan idea-idea bagi membantu pihak pengurusan sekolah.

"Dalam mesyuarat PIBG pun tak lepas dan tak memberi buah fikiran, macam mana nak jadi wakil Kemaman di dalam parlimen? Baik ambil Pengerusi PIBG sekolah tu jadi calon, walaupun orang kelaut tapi banyak idea dan jasanya" 

Beliau juga membandingkan dengan lawan Kamarudin Chik iaitu Datuk Shabery Cheek yang sudah memang terkenal di Kemaman dan berkhidmat sebagai Menteri. Katanya, PKR telah merendahkan taraf orang Kemaman dengan meletakkan calon sedemikian rupa. Hujahnya, jika benar pun nak ubah kerajaan, letaklah calon yang lebih elok (berkarisma dan mempunyai bakat kepimpinan). 

Beliau juga melahirkan rasa kekesalan kerana usaha jerih perit PAS selama ini akhirnya dibalas dengan "kurang enak" oleh PKR. 

Namun bila ditanya tentang kenyataan Haji Hadi tentang ada calon pembangkang yang jual pil kuda beliau enggan mengulas. Katanya, "hok tu pak cik dok pasti..." . 

Rumusan:

Sebelum ini pun memang kedengaran banyak cerita penolakan oleh ahli parti sendiri dan rakyat Kemaman tentang calon yang diperkenalkan oleh PKR di Kemaman. 

Pendedahan tentang calon PKR Kemaman yang dikenali sebagai Din Bangla seperti di blog P.KMN menunjukkan bahawa calon-calon PKR memang tangkap muat dan tidak berkualiti sehinggakan Presiden PAS sendiri melabelkan ada calon pembangkang terlibat dengan pengedaran pil Kuda, komunis dan stalin.

p/s : Dah ketua umumnya sendiri pun amat diragui moralnya.. anak buah apa lagi ????

No comments:

Post a Comment