Monday, April 29, 2013

PANAS: Haji Hadi sokong bebas, PKR bengang !!!


Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) menzahirkan sokongannya terhadap Dr Hamzah Jaafar (kiri)
dan calon Bebas DUN Damak and Koh Boon Heng (kanan).

Sokongan secara terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Mstar.

“Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Cikgu Koh pada hari pengundian. Beliau menggunakan simbol bunga raya,” katanya sebelum mengangkat tangan Koh dan calon Pas bagi kerusi Parlimen Jerantut Dr Hamzah Jaafar melawan calon BN Ahmad Nazlan Idris sebagai tanda sokongannya.

DUN Damak menyaksikan pertandingan empat penjuru, calon BN yang penyandang, Datuk Lau Lee telah ditentang oleh Jamaluddin Abd Rahim (PKR) dan dua orang calon bebas, Mohd Nor Jaafar dan Koh Boon Heng.

Koh merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, namun statusnya dalam parti menjadi tanda tanya apabila Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah enggan mengulas ketika ditanya sama ada Koh telah dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.

“Kami akan mengkaji isu ini secara mendalam dan akan membawanya ke peringkat pimpinan pusat,” katanya sambil menambah PKR turut bertanding di kerusi berkenaan bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Pengundi Cina di kawasan itu membentuk, 34.3% daripada 22,917 jumlah pengundi di Damak.

Dengan seminggu lagi menjelang hari pengundian, PKR dan DAP masih lagi bertelagah mengenai siapa yang berhak untuk bertanding di kerusi DUN Damak.

Pada hari penamaan calon, Koh menghantar kertas penamaan calon tanpa mendapat sokongan daripada pimpinan parti.

Koh mendakwa dia mempunyai peluang yang cerah untuk menang selepas berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu dalam tempoh lima tahun dan beliau menyerahkan kepada parti untuk menentukan status keahliannya.

Sementara itu, Antarapos melaporkan sejak hari penamaan calon sikap Abdul Hadi agak pelik dan sering menjauhi daripada media seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

AIDC

Wartawan yang ‘memburunya’ gagal untuk mendapat sebarang komen, malah turut dihalang oleh pengawal peribadinya.

No comments:

Post a Comment