Friday, May 24, 2013

PAS Terengganu ucap tahniah, 3 wakil jadi Menteri/Timbalan !!!!


Pas Terengganu mengucapkan tahniah atas pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyaksikan tiga wakil dari negeri ini dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berharap mereka mampu memberikan khidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat khususnya di Terengganu.

Malah, jelasnya, daripada kalangan tiga yang dilantik itu, ada yang merupakan bekas menteri selain mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan.

"Kita ucapkan tahniah kepada mereka, ada juga wakil dari Terengganu yang jadi menteri dan timbalan menteri.

"Kita juga berharap supaya mereka ini tak ada masalah memandangkan mereka adalah bekas menteri dan berpengalaman luas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.

Abdul Wahid menambah, pihaknya juga mengharapkan agar pelantikan berkenaan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu kelak untuk menikmati kemudahan dan pembangunan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Dalam senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri semalam, dua yang dilantik sebagai menteri penuh dan seorang sebagai timbalan menteri adalah dari Terengganu.

Mereka ialah Datuk Seri Idris Jusoh yang memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara jawatan timbalannya digalas oleh Datuk Jailani Johari.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130517/po_05/Pas-Terengganu-ucap-tahniah#ixzz2UC88ZzCL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment