Thursday, March 20, 2014

Suka FITNAH, PAS malukan ISLAM !!!


1. Presiden PAS – diarah bayar RM2 juta kerana penghakiman ingkar kes fitnah ahli PKR.

2. Timbalan Presiden PAS – diarah bayar ganti rugi RM200,000 dan kos RM50 ribu kerana fitnah Wan Ahmad

3. Setiausaha Agung PAS – diarah bayar ganti rugi RM200,000 dan kos RM50 ribu kerana fitnah Wan Ahmad

4. YB PAS Batu Buruk – diarah bayar RM200,000.00 dan kos RM 30,000.00 kerana fitnah Menteri Besar Terengganu

5. YB PAS Cukai – mengemukakan permohonan maaf separuh muka surat di Utusan Malaysia kerana fitnah jahat kepada EPIC

Di Terengganu pula, tiga org YB parti Islam di Terengganu terlibat fitnah 

Selepas YB PAS Marang Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS dijatuhkan saman sebanyak RM2 juta kerana perintah ingkar dalam isu fitnah ahli PKR dan wakil Rakyat PAS Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dikenakan RM200,000 kerana memfitnah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, kini seorang lagi YB PAS di Terengganu iaitu YB PAS Chukai mengakui dirinya terlibat dengan fitnah jahat apabila menerbitkan surat layang yang diakui beliau kandungannya adalah tidak benar, palsu dan dengan jelas berniat jahat dan mala fide serta tidak berasas yang bermotifkan untuk memburuk-burukkan nama baik EPIC.
-------------------------------------------------------------------
Berikut dilampirkan permohonan maaf yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 12/3/2014;

:: PERMOHONAN MAAF::

Saya, Hanafiah Bin Mat (No. Kad Pengenalan: 601217-11-5137) sesungguhnya dengan ini dan suci hati, tanpa apa-apa syarat, memohon maaf kepada Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad ("EPIC") (No. Pendaftaran Syarikat: 66667-K) dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Encik Ramli Shahul Hameed kerana menerbitkan dan menyiarkan di blog saya, http://www.hjhanafiahmat.com./ isi kandungan sepucuk surat layang pada 20 Februari 2013 ("Surat Layang tersebut") yang saya ketahui kandungannya adalah tidak benar, palsu dan dengan jelas berniat jahat dan mala fide serta tidak berasas yang bermotifkan untuk memburuk-burukkan nama baik EPIC dan Encik Ramli Shahul Hameed serta pegawai-pegawai EPIC yang namanya dirujuk di dalam Surat Layang tersebut.

Sesungguhnya, ke semua isi kandungan surat layang tersebut adalah tidak benar dan palsu yang berupaya membangkitkan persepsi negatif orang awam terhadap EPIC dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC serta pegawai-pegawai EPIC yang namanya dirujuk di dalam Surat Layang tersebut.

Dengan penuh rasa takzim, saya akur bahawa ini adalah satu kesilapan di pihak saya dan dengan ini mengaku janji dan memberi jaminan untuk tidak mengulangi tindakan ini dan yang sepertinya pada masa hadapan.

### Ulasan: Kita sebagai rakyat Malaysia rasa sangat kesal kerana mereka menggunakan nama Islam sebagai nama parti namun sentiasa mengadu domba dengan fitnah yg meracuni pemikiran rakyat. 

“Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

No comments:

Post a Comment