Saturday, April 20, 2013

Guna lambang PAS tapi tetap tolak hudud - Karpal Singh




DAP tetap menolak hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar-dasar Pas.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130420/px_139/PRU-13-Tidak-kepada-hudud-ya-kepada-logo-Pas---Karpal#ixzz2QzJ3uOqr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment