Thursday, April 18, 2013

Politik UMNO Terengganu semakin panas !!!

Oleh: Panglima Gunung Tebu

 "Bagaimanapun ada kalangan bekas ‘Budak Hitam’ tetap kekal bertanding pada PRU13 ini termasuk Alias Abdullah di Alor Limbat, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar di Air Puteh , Ramli Nuh di Bukit Tunggal dan Pahemi Yusof di Jerteh. Ini bermakna bahawa tidak semua Budak Hitam gugur tetapi hanya 60 peratus"





Yang nyata, slogan Asal Bukan Ahmad Said sudah tidak ada maknanya lagi! Yang kantoi ternyata bukan Ahmad Said!

Dah 'baham tanah'! Cubaan untuk menggagalkan Datuk Seri Ahmad Said tidak berjaya. Kumpulan itu jelas tidak berdaya kerana Ibu Pejabat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur lebih tahu menilai yang manapermata dan yang mana kaca! Lagipun takdir Allah s.w.t. telah menetapkan begitu - Ahmad Said akan terus bertanding di DUN Kijal selain mengemudi jentera BN Terengganu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Menangislah walau keluar air mata darah sekali pun jika Allah tidak menizinkan doa dan cubaan sabotaj terhadap Ahmad Said itu, ia tidak akan berlaku. Maknanya kantoilah geng-geng yang cuba menjatuhkan Pengerusi BN Terengganu itu dalam pilihan raya kali ini.

Sama ada melalui Facebook, blog atau sms dan sebagainya, kempen kumpulan berslogankan Asal Bukan Ahmad Said tidak berjaya.

Kini pertanyaan disasarkan, apakah beliau akan terus menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei nanti.

Ia pastinya sukar dijawab oleh sesiapa pun.

Namun bagi Ahmad Said, soal beliau jadi MB atau tidak itu tidak penting ketika ini. Lagipun falsafahnya ialah 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'.

Bagi Ahmad Said, yang penting ialah BN menang lebih besar daripada PRU12. BN mahu menawan balik Parlimen Kuala Terengganu serta beberapa DUN yang dikuasai PAS selain mengekalkan 28 kerusi DUN yang dimiliki sekarang. Misi BN Terengganu ialah menang besar hasil sokongan rakyat untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Kerana itu, BN Terengganu yang mematuhi tauliah calon yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat BN Pusat terpaksa menerimanya dengan tangan terbuka kerana calon-calon yang dikemukakan itu adalah calon yang boleh memenangkan BN.

Selepas penamaan calon di kediaman Rasmi Menteri Besar di Kuala Terengganu kelmarin, ada bersimpati dengan penyandang yang digugurkan.

Malah ada menyatakan rasa tidak puas hati kerana bekas wakil rakyat yang dianggap berjasa dan berpengaruh turut digugurkan seperti Datuk Rosol Wahid di DUN Ajil.

Malah ada yang mempertikaikan beberapa muka baru yang dilihat mereka sebagai pengganti di beberapa DUN yang pernah diwakili ’10 Budak Hitam’.

Siapa ’10 Budak Hitam’ itu?


Berdasarkan gambar di atas, ia menyatakan segala-galanya!

Ada soalan dikemukakan seorang wartawan kepada Ahmad Said ketika sidang media selepas pengumuman nama calon semalam.

Soalannya ialah apakah dengan pencalonan kali ini akan melenyapkan kumpulan ‘Budak Hitam’ berkenaan?

 Ahmad Said menjawab selamba: ‘Ada yang dikekalkan dan ada yang digugurkan. Yang penting BN Terengganu akan tetap utuh.”


Bagaimanapun ada kalangan bekas ‘Budak Hitam’ tetap kekal bertanding pada PRU13 ini termasuk Alias Abdullah di Alor Limbat, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar di Air Puteh , Ramli Nuh di Bukit Tunggal dan Pahemi Yusof di Jerteh. Ini bermakna bahawa tidak semua Budak Hitam gugur tetapi hanya 60 peratus.

Ada bertanyakan apakah ini kerja Ahmad Said?

Jawapan paling senang kepada pertanyaan itu ialah siapa tanda tangan surat tauliah. Apakah kali ini Pengerusi BN Negeri berkuasa penuh menentukan calon seperti ketika PRU 2004 dan PRU 2008?

Selain itu, ada faktor lain menyebabkan ada yang gugur khsuusnya di Parlimen Setiu, yang semuanya berubah kepada muka baru. Pencalonan untuk kawasan Setiu mengejutkan kerana perubahan terbesar apabila hanya Datuk Mohd Jidin Shafiee sahaja yang kekal tetapi beliau tidak bertanding untuk kerusi Parlimen sebaliknya bertanding di DUN Permaisuri.

Ini bermakna empat penyandang digugurkan di DUN Jabi, DUN Permaisuri, DUN Langkap yang sebelum ini diwakili bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha'ari Idris dan DUN Batu Rakit diwakili bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan, Khazan Che Mat. Kini muka baharu bagi kerusi Parlimen Setiu ialah Che Mohamad Zulkifly Jusoh serta Mohd Iskandar Jaafar (Jabi), Saberi Mohd Nor (Langkap), Bazlan Abdul Rahman (Batu Rakit) dan Jidin di DUN Permaisuri.


Mengulas mengenai perubahan di Setiu, Ahmad Said  berkata, perpaduan memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan BN.

Masih ingat dengan pemulauan Mesyuarat UMNO Bahagian yang ‘memalukan’ apabila sekumpulan pemimpin UMNO Bahagian memulaukan mesyuarat berkenaan walaupun yang hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin? Iktibar daripada pencalonan untuk kali ini ialah, sesiapa juga yang cuba mensabotaj BN dan UMNO akan menerima padahnya.

Jika ‘Budak Hitam’ memulaukan Sidang DUN Terengganu dengan ‘SMS Ugut Bunuh’ sementara sekumpulan pemimpin Bahagian UMNO Setiu ‘memulaukan’ mesyuarat Bahagian UMNO Setiu, padah sebenarnya dirasai apabila pengumuman calon dibuat.


Ahmad Saidkah yang bertindak balas terhadap mereka?

Jawapnnya tidak. Ibu Pejabat UMNO dan BN mempunyai ‘otak yang mementingkan perpaduan dalam UMNO dan BN’.

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’ dan jika pemimpin UMNO dan Melayu yang beragama Islam tidak mengindahkan ‘larangan sedemikian’ maka balasannya ialah jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Amat jelas kini ‘nila’ itu dibuang awal-awal agar tidak berlaku lagi atau wujud lagi kumpulan ‘Budak Hitam’ dan ‘kumpulan memencilkan diri daripada Mesyuarat UMNO Bahagian’ di masa-masa akan datang.

Jadi bagi sesetengah yang tidak terpilih mewakili BN kali ini, jangan cepat menuding jari. Tanya diri sendiri - mungkin mereka sendiri ada jawapannya.

Bersambung

No comments:

Post a Comment

Post a Comment