Wednesday, June 12, 2013

DAP Sumbang Undi Popular PR !!!

AIDC - DAP parti yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina merupakan penyumbang utama undi popular kepada pakatan pembangkang.

Undi popular itu dipungut di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

12 tokoh DAP mendapat undi tertinggi, iaitu Teresa Kok, Tonny Pua, Sim Chee Keong, Ong Kian Ming, Karpal Singh, Dr Tan Seng Giaw, Sivakumar Varatharaju, Tan Kok Wai, Lim Guan Eng, Su Keong Siong, Gobin Singh Deo dan Zairil Khir Johari.


Menurut The Star, walaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), namun Pengerusi DAP, Karpal Singh bertindak sebaliknya, beliau gembira dan berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi partinya itu.

Karpal juga melahirkan rasa puas hati dengan kemenangan DAP daripada 38 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu.

“DAP telah melakukan dengan baik, terutama di Gelang Patah, di mana kemenangan itu adalah di luar jangkaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment