Monday, June 10, 2013

Penyanyi AF salah seorang peserta Tilawah Peringkat Kebangsaan



Seorang bekas peserta program realiti TV, Akademi Fantasia, Fahrur Raqib Abdul Majid adalah antara peserta yang bakal menyertai tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di sini bermula malam ini.

Raqib, 22, yang merupakan peserta AF musim kesembilan itu akan mewakili negeri Melaka pada majlis yang akan berlangsung di Balai Islam Lundang, di sini.

"Saya telah menyertai tilawah al-Quran sejak di sekolah rendah lagi dan menjadi johan peringkat negeri dan kebangsaan ketika di alam persekolahan.

"Dalam masa sama, saya amat meminati muzik disebabkan itu saya menyertai kumpulan nasyid dan sebaik sahaja tamat persekolahan saya menyertai AF 9, dua tahun lalu untuk mengembangkan lagi minat saya dalam bidang muzik," katanya.

Fahrur Raqib ditemui pemberita selepas majlis makan tengah hari sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di sini hari ini.

Mahasiswa Universiti Multimedia itu mendapat tunjuk ajar daripada penyanyi rock terkenal, Amy Search ketika berada di AF sebelum terkeluar pada minggu keempat.

Menurut Fahrur Raqib, dia mendapat banyak tunjuk ajar daripada ibunya, Kamariah Abdullah, 55, yang juga seorang qariah dalam menyiapkan diri untuk menyertai majlis tilawah peringkat kebangsaan kali ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130610/hi_05/Raqib-AF-antara-peserta-tilawah-al-Quran-kebangsaan#ixzz2VojkgCDw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment