Monday, June 3, 2013

[DIGODAM] Shabery nasihat pengguna belajar langkah keselamatan !!!

Menteri Komunikasi & Multimedia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek menasihati pengguna dan individu agar mengambil langkah mempelajari langkah-langkah keselamatan laman sosial mengelak daripada digodam.

Jelasnya, antara langkah pencegahan adalah seperti menukar kata laluan (password) bagi tempoh yang tertentu.

Dalam pada itu, kerajaan menolak dakwaan parti politik yang mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dimiliki oleh Barisan Nasional (BN).


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dakwaan tersebut tidak berasas ekoran laman sosial Facebook, Twitter dan Emel peribadinya juga digodam.

"Dakwaan terhadap SKMM tidak benar. Aktiviti digodam berlaku kepada sesiapa sahaja. (Laman sosial) saya sendiri pun kena (digodam)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri KKMM Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Rothiah Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Multimedia), Datuk Md Afendi Hj Hamdan dan Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Dalnish Shah.

Tambah Shabery lagi, peranan utama SKMM adalah lebih kepada memelihara sistem supaya sihat daripada dimasuki jangkitan virus seperti 'malware'. Baca lanjut di KL POS.

No comments:

Post a Comment